Tuesday, November 18, 2008

Ayat-Ayat Cinta

Yesss! Baru habis baca novel nih..




Sangat2 sedih + best! Sangat tersentuh dengan Aisha dan Maria..Memang puas hati la beli! Walaupun zura tak beli, juz pinjam kak win punya je..heheh..Padahal kak win pun belum baca lagi..Zura dah katam dulu..Zura bagi 5 star la kat buku nih..Merangkumi semua aspek.
Agama + Budaya + Cinta. Kalau ada cd lagi syiokk..leh tengok banyak kali..

Dulu masa sekolah zura suka baca novel, pastu menginjak kolej, U, teruss lupa..ye la..buku yang ada pon punyalah banyak yang patut dibaca kan..Tu yang tak kelip2 mata baca novel Ayat-Ayat Cinta tu..1 hari je habis..

Novel apa lagi yang uols layan ye?


Monday, November 17, 2008

Thrill & Chill


Huwaa...nak pegi..nak pegi..tapi keadaanku tak mengizinkan laaa..takut membahayakan kesihatanku... :p.. alasan sebab takut naik roller coaster dan naik space shot kali ke-2...TIDAKKK..gerun weii..rasa cam jantung kat atas lagi padahal badan kat bawah dahh..TAPI kalau kasi rm 1 juta suruh naik benda-benda tu, InsyaAllah zura naik..hahah..sapa nak bagi? sapa nak bagi?
Tapi..i like u la Nadia..kalau rambut lurus cam ni lagiiii ayu..cara pon sempoi je..tapi, kenapa abang xikut sekali? kalau abang ada lagiiii syokkk..

Friday, November 14, 2008

Selingan..

Asyik tengok gambar makanan je kan..Hari ni kasi relax sikit pkiran uols..esok kan ada sesetengah yg cuti..zura je yang kena kerja.. :( So, have a great weekend..

Chinese Names ..

Caller : Hello, can I speak to Annie Wan? ( anyone)
Operator : Yes, you can speak to me.
Caller: No, I want to speak to Annie Wan!
Operator: You are talking to someone! Who is this?
Caller: I'm Sam Wan (someone) And I need to talk to Annie Wan! It's urgent.
Operator: I know you are someone and you want to talk to anyone! But what'sthis urgent matter about?
Caller: Well... just tell my sister Annie Wan that our brother Noel Wan ( no one ) was involved in an accident. Noel Wan got injured and now Noel Wan is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan is on his way to the hospital.
Operator: Look if no one was injured and no one was sent to the hospital, then the accident isn't an urgent matt er! You may find this hilarious but I don't have time for this!
Caller: You are so rude! Who are you?
Operator: I'm Saw Lee. (sorry)
Caller: Yes! You should be sorry. Now give me your name!!



-------------------------------------------------------------------

Cermin


Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan.
Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu.
Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.
Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan.
Sedang mencari-cari. . tiba-tiba dia terjumpa cermin.
Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.
Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya.
Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..
Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. .
Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya.
Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.
Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..
Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..
Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.
Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak. .

Isteri: Apsal mak ketawa?..
Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

hahahah...adoila..sian maknya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, November 12, 2008

Malam yang lapar..

Waktu2 malam sekarang ni waktu yang saaangat lapar..walaupun dah makan kol 7-8malam tu..asal nak tido je (11-12malam) mesti nak makan sesuatu..teruk dah tu wei..risau sekarang ni berat tak terkawal lak nanti kan..

Tapi saje2 la cakap kat hubby nak makan la...siap leh pilih2 lak nak nasi goreng pataya ke..mee goreng..hahah..tapi minta satu tu je pon..xde lain2..
Sekali hubby balik bawak mee goreng ngan telur mata kerbau + carrot susu...ahh..sedapnyee..pandai tol hubby pilih peberetku..







Tuesday, November 11, 2008

Tahniah Abg Amy..

Semalam zura, mak, kak win dan kak ee g umah sepupu zura, Abang Amy kat Shah Alam..
Wife dia baru bersalin baby boy, Muhamad Irfan Iskandar..hampir sama dengan nama anak buah zura, Iman Iskandar..

Kak Lia + Irfan

Nyenyaknye dia tido atas pangkuan...

Ni baby besar, bila nak amik gambar ni, Ammar dengan tak semena2 terus duduk depan suruh amik gambar dia...adoiila hai...siannya dia..
Sekali lagi, Tahniah ye Abang Amy...harap suka dengan hadiah pemberian Kael dengan adiknya tu.. :)

Monday, November 10, 2008

Bkn Hotfm je ada..

Bukan Hotfm je yang ada 2 org berkepala botak tau...Kat sini pon ada la..

Amacam? leh lawan tak?

Licin betul kepala Kael ngan abahnya..sampai nampak hijaunya tu..

Friday, November 7, 2008

Adab Mendengar Azan

Allahu Akbar!!


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut ' .

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. . ' Yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah ' Lailahaillallah. . ' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala ' lamin. . '

Kita boleh mengirimkan ribuan ' jokes ' dan ' surat berantai ' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali......FIKIRKAN LAH, tepuk dada tanya iman.

* zura dapat dari emel..thanks ye sesiapa yg bagi tue..kadang2 kita 'ter' kan..InsyaAllah, lepas ni zura akan lebih berhati2..dan semoga kematian kita semua dalam iman..