Monday, July 28, 2008

Tabur 'zakat'

Tension! 1 perkataan boleh menerangkan 1000 kata-kata yang tersimpan di dalam sanubari!ishh..kalau boleh hari isnin ni xnak la merealisasikan kata2 orang 'monday blues'..cuba gak nk happy2..alhamdulillah mendapat sambutan gak pagi2 nie...terima kasih banyak2 buat kengkawan yang sudi menghilangkan sedikt sebanyak rasa tension di hati saya dr semalam nie..huhhh..lega!heheh

Ok..semalam zura pergi Parkson ingat nak beli goggle untuk anak2 zura. Seperti dijanjikan, pergi cari goggle untuk anak2 zura, cute sangat siap ada gambar princess frog la, penguin, byk lagi..Amik la untuk 3 orang, Mikhail, Akma dan Ammar..

Belek punya belek, sampai pulak kat goggle dewasa punya..hahah..apa lagi..sambar la satu..ada warna biru, hitam, pink..Dah la swimming suit zura warna biru. kang sume biru apa lak jadinye..beli la kale hitam..

Disebabkan dah lama tak tabur 'zakat', mata ni dah gatal sangat nak belek2 lagi..walaupun zura tak la pemboros tapi naluri wanita sememangnya ada! hahah..Banyak baju yang comel2 untuk budak.. Ni la yang berkenan kat hati..Sorang biru kehijauan, sorang blue! Anak beranak la pakai baju sedondon biru nanti..


Mikhail ngan Akma dah tak terdaya nak duduk diam lagi...baring2 la kat shopping mall tu, terlari sana sini...adehh penat eden tau..dah la zura ni cerewet sikit time membeli. semua side belek..yang dalam la, tepi, belakang, depan..tu la pengguna bijak kan..hahah..

Ni budak bertiga dah rasmikan semuanya. tapi kat lam kawasan rumah je..


Abang Long ni tido ngan mama semalam atas katil..dah padam lampu pon susah nak tido..ajar la dia dengar radio, amik gambar, baca doa nak tido, baca Bismillah....hehe. pastu tak lama tu dia pon tido..tengah2 malam, dia golek punya golek sekali...Dushh!Kael jatuh dari katil..kepala dulu yang jatuh.ala..ciannya anak mama nie..Kael kuatkan..


Thursday, July 24, 2008

Dapat Award!!!

Semalam zura bukak blog Atie (mama umairah). Sekali tengok..zura dapat award dari Atie..sebab dia selalu singgah blog zura..tq very much atie..Lagi rajin la zura menempelkan cerita-cerita dan gambar-gambar kami ye..dan kalau ada info yang baik, zura pon tak segan silu nak kongsi dengan pembaca-pembaca setia blog nie..Tanpa anda semua siapalah zura nie....hahahah..alamak terlebih sudahh!

Ok..zura nak bagi award pulak..tapi semua yang zura nk bagi ni dah dapat award la, so ada sorang lagi yang zura nak kasi..Zu (mama afif)..Tahniah!!!

Wednesday, July 23, 2008

Emergency leave

Assalamualaikum w.b.t

Semalam zura amik el, ayah sedara zura meninggal sbb accident.. Tahun lepas anaknya (Hanim) meninggal dalam bulan puasa yang zura pernah bagitau dalam PCM kan..Tak sampai setahun, ayahnya pulak yang ikut..dan atas sebab2 yang sama..accident..Semua ni kuasa Allah kan..Besar betul dugaan yang menimpa isteri arwah, Kak Zawiah..

Tapi yang terkilannya, orang yang langgar tu lari. Ingatkan hari tu nak buat police report, tapi polis cakap tunggu arwah ni sedar dulu..sebab masa tu koma. tapi Tuhan lebih sayangkannya.

Semalam balik kampung, Melaka pukul 11.30 pagi..lebih sikit la..tapi tak sempat tengok jenazah. Arwah dikebumikan pukul 11 pagi. Terkilan sangat tak pat jumpa..Arwah baik sangat dengan mak dan arwah abah.

Zura masa kecik2 rapat sangat dengan arwah Hanim. Balik kampung mesti nak jumpa dia. Kalau tak de, tak lengkap rasanya. Kitorang ni lasak jugak la dulu. Banyak kali jatuh, panjat2..Pernah satu hari, kitorang panjat2 dalam bilik..tingkap tinggi tau..kitorang panjat intai orang2 di ruang tamu sambil gelak2. Kalau arwah nek Piah ada sure bising dengan kitorang nie...Tapi lama kelamaan, kitorang jarang berjumpa sebab arwah belajar kat UPM, Sabah dan Zura kat Kajang je..Nanti kalau zura ada masa, zura cari gambar arwah dengan zura masa kecik2 ye..

Al-Fatihah buat arwah..Semoga rohnya dirahmati..

Tuesday, July 22, 2008

Anganan jadi kenyataan

Ok..ingat lagi tak zura pernah aim hp sony ericsson cyber-shot? Nak dijadikan cerita, hari Isnin hari tu hubby balik lambat..Tak de la lambat sangat pon kol 8.30 malam baru sampai rumah.. Dengan tak semena2 mata ni tertumpu kat tangan hubby yang pegang plastik...Dalam tu nampak kotak...wahh suspen dah..Sekali..Taraaaa..Anganku jadi kenyataan..Alhamdulillah...

Macih cayank..Tq very100000x much!!! Lap u! Lap u! huhuhu.. Happynya masa tu.. terus je capai hp n buat macam2 testing...eheheh..

Lam bilik..Ni kipas tgh berpusing tau..
Kat bawah
Di awal pagi dalam sebuah bilik yang gelap..
Ni Akma yang mengamuk tak dapat hp..heheh
ciannya dia..
Tapi kalau kita bagi dia hp mainan yang ada muzik2 dia tak nak..dah pandai dah dia bezakan mana yang tulen mana yang palsu..cewahh..cam lagu pulak..

Monday, July 21, 2008

Abah bz

Sejak akhir-akhir ni hubby selalu bz..banyak sangat problem yang perlu diselesaikan..sejak Bursa ada problem hari tu kan, so diorang kene la stand by takot2 kejadian hari tu berulang kembali..

Tapi kami yang kat rumah ni la kesian..sian kat Mikhail yang selalu je dok tanya2 abah mana? ye la..tengok mama dia ada jugak hari bercuti..abah dia asik bz je..Mama dia pon kesian jugak..tak dpt nk wat facial..hahaha..

So, kami membawa hati yang lara ke Taman Tasik Permaisuri, Cheras..huhuhu..dokek jo..lagipun, lama dah tak pergi situ..tak silap last pergi masa cuti sekolah bulan 5 dengan anak2 buah yang tersayang...

Warm up dulu..


Mikhail pun naik buaian yang macam budak tecik punya..ekekekek..


Amboi...masyamnye...macam nak merempit pon ada gayanya..

Ammar dan Kael..diorang ni kalau jumpa selalu bergado..gado2 manja la tu..tapi kalau berjauhan rindu plak..asik sebut nama je..





Ini budak tecit buat2 nangis..tapi still control cun depan camera.. heheheh.. comotnye baju dia minum air milo..


Monday, July 14, 2008

Tesco

Lama dah rasanya tak bawak anak jalan2..So, weekend hari tu ingatkan nak bawak g Taman Tasik Permaisuri, dah siap2 tiba2 plak gelap macam nak hujan..ingat cancel dah..tapi asben plak ajak pergi tesco cheras..Ok la tu..dari tak pergi mana-mana...duduk kat rumah je..kesian pulak kat anak-anak mama yang selalu menagih janji nak g jalan tu..

Kat tesco ada macam-macam mainan..seronok la diorang..masuk 1 orang rm4..so, letak budak2 kat situ, kitorang pegi la berjalan-jalan dalam Tesco tu..


Assalamualaikum..siapa tu?


Wahh..sukanya anak mama..nanti mama bawak lagi ye..



Mikhail yang suka memanjat..susah nak snap picture dia..tak nak duduk diam..Asben belikan donut Big Apple kat depan tu..Kitorang makan kat Big Apple tu jugak..tapi Mikhail dgn Akma makan donut sambil main....

Pukul 6.30 petang kitorang balik rumah..Sampai je rumah, Mikhail minta nasi..Banyak pulak tu dia makan..sampai bertambah..macam tu la anak mama..tak payah susah-susah paksa makan..

Saturday, July 12, 2008

Rindu bertandang lagi

Hari ni mak zura pergi Shah Alam kemaskan rumah kat sana..Orang yang duduk menyewa kat situ baru keluar.. Nasib baiklah keluar cepat..tak tahan rasanya lama-lama kat situ..hubbykulah yang jaga anak sorang2 kat rumah sekarang...zura pulak kerja..

Malam tadi punyalah susah budak berdua tu nak tidur..Walaupun dah tutup lampu bilik, tapi still lagi bekerja keras dalam bilik tu..Macam-macam nak dimainkan..


Tapi pagi ni, rindu bertandang lagi dengan budak2 yang sungguh aktif tu..Ye la..kadang-kadang, keletah anaklah yang buatkan hati kita tenang kan..

So, ni hasilku untuk hari ni..Gambar putera dan puteri yang sentiasa dirindui...Gambar-gambar ni di'combine' dari kecil, hinggalah dah besar sekarang..Ada kelainan tak gambar-gambar tu? Atau sama je?


Ahmad Mikhail (big boy)



Akma Mardhiah (big girl)


Mama caaaayang semua tau..Semoga anak-anak mama berjaya di dunia dan di akhirat..

Friday, July 11, 2008

7 Tentang Diriku

Kena tag dengan mama shiera (a.k.a cherating06) dan mama umairah (atie_farid)..Tq..

7 ISTIMEWA DIRIKU...

7 TENTANG DIRIKU

1. Anak bongsu dari 5 orang adik beradik
2. Ayah kesayangan meninggal pada 12 Mac 2003 kerana leukemia
3. Wife Ahmad Latfi bin Abdul Halim
4. Mama kepada 2 orang putera dan puteri yang sangat disayangi (Ahmad Mikhail bin Ahmad Latfi dan Akma Mardhiah binti Ahmad Latfi)
5. Lahir pada 11 Mei 1983 di Hospital Besar Key Ell..
6. Sangat takut n geli pada lipas, tikus, pacat, lintah,ular, anjing....dll
7. Tak suka dengan orang yang meminta2...lebih baik kita memberi sendiri kan..huh geramnyaaaa..

7 YANG MENAKUTKAN

1. Allah S.W.T
2. Lipas, tikus..kalau nampak sure tak selesa..dan tak leh tido..
3. Kehilangan insan2 tersayang dalam hidupku..tak leh bayangkan..
4. Benda-benda yang tidak sepatutnya kita nampak tapi kita 'ternampak'... ahh ngerinya...seram sejuk waktu tu..
5. Kena tipu (serik dah)
6. Jenayah yang semakin berleluasa
7. Accident

7 LAGU YANG DIMINATI

1. Matahariku - Agnes Monica
2. Menjaga Hati -Nunu
3. Jangan pisahkan - Phyne Ballerz
4. Aku bukan untukmu - Rossa
5. Jika - Melly Goeslow

6. Angel - Shaggy
7. Everytime - Britney Spears

7 PERKARA YANG SUKA DISEBUT

1. Assalamualaikum..(kalau nak masuk rumah)
2. Haii / Morning / Tq
3. Mikhail! (ada je nak dibuat anak mama nie..heheh)
4. Saaaayang anak mama (untuk kedua2 putera puteri)
5. Kiss mama
6. Bye (kalau nak pegi kerja)
7. ekelle..(kalau tgh drive, ada la pemandu2 kereta yang tak berhemah)

7 PERKARA YANG AMAT BERNILAI

1. My mum
2. My hubbyku cayank
3. My sweetheart (Mikhail & Akma)
4. My sisters
5. Mother & Father in law
6. Myself
7. My sweet memories

7 PERKARA PERTAMA BERLAKU DALAM HIDUP

1. Bertunang, berkahwin dengan my hubby (happynya)
2. Handphone yang kusayang hilang semasa kerja di Maxis (masa tu nak pergi toilet..gantung hp kat belakang toilet pastu hilang...)
3. Boleh bawak kereta dengan jayanya umur 19 tahun (Alhamdulillah)
4. 1st time & terakhir (InsyaAllah) accident kat Mines..nyonya tu main masuk je lorong zura..dia salah nak cakap kita plak..mentang2 la kita 'P' je masa tu..
5. 1st time naik flight Mac 2008 (huhuuh..jakunnya)
6. 1st time jumpa Family in law pada hari pertunangan 11 December 2004
7. Melahirkan seorang putera pada 16 December 2005 secara normal..

7 ORANG LAIN YANG AKAN DITAG..

1. fara_seowon
2. antalya
3. kak luna
4. erin
5. diana
6. syana
7. Aliz

Thursday, July 3, 2008

Bulan Rejab

Esok dah masuk bulan Rejab..Bulan Rejab adalah bulan Allah swt..
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

AMALAN DI BULAN REJAB

(i) Puasa 1 hari ~ mendapat keredhaan yang besar dari Allah;

(ii) Puasa 2 hari ~ mendapat kemuliaan dari Allah;

(iii) Puasa 3 hari ~ akan diselamatkan oleh Allah akan bahaya dunia, siksa akhirat, penyakit gila, fitnah syaitan dan dajjal;

(iv) Puasa 7 hari ~ ditutup 7 pintu neraka;

(v) Puasa 8 hari ~ dibuka 8 pintu syurga;

(vi) Puasa 10 hari ~ Allah akan memakbulkan permintaannya;

(vii) Puasa 15 hari ~ Allah akan menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikan;

(viii) Tambahan puasa menambah pahalanya;

(ix) Membaca surah Al-Ikhlas 11 kali setiap hari atau lebih;

(x) Membaca al-quran

(xi) Memperbanyakkan doa, istighfar dan lain-lain amalan sunat.

Sabda Rasulullah saw lagi :
"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :
"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

(Semoga kita diberi taufik dan hidayah oleh Allah dalam mencari keredhaanNya!!!)

Wednesday, July 2, 2008

Morninggg...

Hai..Selamat pagi..hari ni rasa happppppyyy sangat..bukannya apa..hari ni la dalam sejarah jalan ke opis tak jem...muahahah..selama ni punyalah jem giler nk g opis..kena keluar opis 1 jam 1/2 awal untuk 20km tau..tapi hari ni 45 minit dah sampai..
kuang..kuang..kuang..kowank ingat sebab apa zura happy? heheh

Ok..hari ni kebetulan borak ngan fara pasal hp..zura aim hp Sony Ericsson cyber shot..memang minat sangat..


Meroyan lepas balik dari Kedah la ni..zura jumpa adik ipar zura, Ain dia beli handphone cybershot nie..dia cakap la kelebihannya sambil buat demo kan..adehh..hatiku sudah berkenan...warna pon lawa..tak pe sabar-sabar.. InsyaAllah...tak lama lagi tu...ekekek (nak sedapkan hati daaa)
Blog Widget by LinkWithin