Friday, May 30, 2008
Kelebihan Wanita
Ok tadi kak ita call, dia ajak g Mines Wonderland malam nie..yang pegi semua mama2 ngan anak2..papa2 semua g rumah kak ee untuk prepare BBQ esok..mm..dapnye...rasa cam nak balik awal je ari nie..heheh
Memandangkan hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari, zura nak berkongsi sikit dengan rakan-rakan mengenai wanita..
SEMBILAN BELAS HADITH RASULLULLAH S.A.W MENGENAI WANITA
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
Kita seharusnya bersyukur kerana banyak kelebihan jadi seorang wanita..Semoga Allah merahmati apa yang kita lakukan..Amin..
Tuesday, May 27, 2008
AF Berakhir
Walaupun ada sedikit rasa kecewa sebab pelajar favourite, Nadia menduduki tempat ke-5, tapi memang puas hati Stacy di tempat pertama..Memang Stacy layak untuk menerima gelaran juara sebab dia berjaya membawakan semua lagu-lagu yang diberikan dengan baik..Memang dia betul-betul menjiwai..Dan salah satu sebab ialah cerita disebalik kehidupannya..Dia sanggup melepaskan peluang menduduki SPM atas sebab kewangan..Sedih baca cerita dia dalam paper..Inilah ganjaran yang patut diterima sebab membantu keluarga..
Sorang lagi zura suka adalah Nadia..Walaupun bersuara besar, tapi dia boleh menyanyikan lagu-lagi Inggeris dengan baik. Tak semua penyanyi-penyanyi di Malaysia boleh buat macam tu..Dan gaya Nadia yang bersahaja dan yakin di atas pentas membuat zura mengundi Nadia..Tapi nasib tak menyebelahi dia..Takpe la..No 5 bukan bererti tak bagus kan..Harap Nadia akan terus berjaya..
Sekadar berkongsi, Zura suka gambar-gambar nie..heheh.."RIA" ..Apakehe redah jer yob..


Tuesday, May 20, 2008
Stacie
Semalam balik kerja tanya mak..mana Stacie..mak cakap bibik dah letak kat bawah 'gazebo' rumah...Bila zura tengok je, dengan xde air dalam tue..sian Stacie..kering kontang je.Balik tu, tanya bibik rupanya dia yang buang air tue..kurang asam betul! pastu bukannya nak letak balik air...Nasib baik zura balik kerja awal sikit..siap letakkan air, main2 kejap..Inilah Stacie zura..
Weekend yang bz
Sabtu ngan ahad, dua hari g pool..Tersangatlah seronok sebab dapat belajar berenang sekali..Anak2 kakak zura yang 1st pon ada..mmg riuh la..Yang paling best masa naik slide tu, seronok tau! Zura ni punyalah takut nak naik sebab b4 ni zura xtau berenang..so, takut lemas la..tapi sejak dah tau berenang ni, syok plak main..Tambah pulak dengan kehadiran anak2 buah yang sporting...ekekek..Acu ni pon ikut join...hahahh..Inilah antara gambar2 yang sempat di tangkap..
Akma dengan bibik
Yang dah tenggelam tu Umar, anak buah zura..mcm2 aksi dia buat..amboii..mentang2 la pandai berenang...jeles acu tau..Ok..bersiap2 nak balik dah..
Friday, May 16, 2008
Keindahan Tangan Ibu
Keindahan Tangan Seorang Ibu
Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa diwajah ibu.
Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi,ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerna ketidak sabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.
Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat kulupakan dari ingatan. Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih,yang pernah menyuap, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya.
Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil
tangannya,lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut,saya
memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.
Saya hanya dapat berdoa bahawa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak
keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...
Buat mak zura dan mak mertua zura..kami saaayang sangat2 kat mak..maafkan kami andainya kami ada melakukan kesalahan pada mak..
Note: Berbahagialah pada yang masih memiliki Ibu. Dan lakukanlah yang terbaik dan membahagiakan untuknya........... dan bagi yang sudah tidak memiliki ibu.. jgn pernah di abaikan kewajipan sebagai seorang anak .. hadiahkan Surah Yassin dan Al-Fatihah kepada ibu. Mudah mudahan beliau akan di rahmati Allah.. insyaAllah.
Wassalam.
Thursday, May 15, 2008
Endless Love
Apa kabar semua? Hari ni rasa xsedap badan..Sekarang kan musim batuk..cuaca pun tak menentu..kejap panas kejap hujan..Ingat nak mc tapi bila fikir2 balik..tak jadi plak..kugagahkan jugak diri..
Ok la..hari ni zura nak perdengarkan lagu kegemaran zura..
Zura suka sangat lagu Endless Love nyanyian Luther Vandross dan Mariah Carey..Betul-betul menyentuh hati..
Abang, kalau abang bukak blog nie, ayang nak tujukan lagu ni buat abang..Endless Love..buat abang dan anak-anak kita..Semoga kasih sayang dan cinta kita tak de akhirnya...Jom kita hayati sama-sama..

Endless Love
My love,
There’s only you in my life
The only thing that’s bright
My first love,
You’re every breath that I take
You’re every step I make
And i
I want to share
All my love with you
No one else will do…
And your eyes
Your eyes, your eyes
They tell me how much you care
Ooh yes, you will always be
My endless love
Two hearts,
Two hearts that beat as one
Our lives have just begun
Forever
I’ll hold you close in my arms
I can’t resist your charms
And love
Oh, love
I’ll be a fool
For you,
I’m sure
You know I don’t mind
Oh, you know I don’t mind
’cause you,
You mean the world to me
Oh
I know
I know
I’ve found in you
My endless love
Oooh, and love
Oh, love
I’ll be that fool
For you,
I’m sure
You know I don’t mind
Oh you know-
I don’t mind
And, yes
You’ll be the only one
’cause no one can deny
This love I have inside
And I’ll give it all to you
My love
My love, my love
My endless love
Monday, May 12, 2008
Happy Mother's Day & Happy Birthday
Ok. Berbalik pada cerita tadi, sempena Mother's Day dan My Birthday, inilah sedikit sambutan dari yang tersayang... "I love u very much.."
Kek dari Secret Recipe, Mango Delight..Sedap sangat!
Ni bergambar kat depan pintu gerbang Mines Wonderland..
Atas jambatan
Hubby tengah kusyuk baca information yg diberi..Perasaan tak hubby dengan style baru? Cute je kan...
The White Kingdom..masa amik picture ni atas train..tgh bergerak la..tu yg tak habis ayat 'Kingdom' tu..
Iguana..Mikhail tgk je org tu pegang..Cam nak try je..Ada berani ke Mikhail? Tengokkk je tue..
Eh..beraninya anak mama nie..usap2 iguana tu..siap pegang kaki lagi..
Sombongnye peacock nie..pandang luar je..patutla ada cerita pasal si merak nie..
Pastu kitorang naik plak Garden Boat..Boat ni menyusuri sungai dan garden kat tepi2 tue..Kat belakang zura ngan mak tu la Garden Boat..
Wahh...amik gambar dengan Tiger...Terlebih sudah..tengok la anak2 zura tue..bukannya nak tgk kamera..dok sibuk tengok tiger..yang ammar plak sibuk melakonkan aksi power rangers dia..
Dalam Secret Of Tiger..Jenis2 Tiger..
Perkembangan tiger dr kecil sampai 12 tahun..
Ni baru la tiger betul2..nampak je tido..tapi kadang2 dia gerakkan ekor dia..
Cuba cari ada berapa ekor tiger kat sini? kadang2 tak perasaan kan..
Ganas la burung kakak tua nie..asik nak mematuk org je..sampai Mikhail pon takot..
Hahahah..juz for fun..
Apakah binatang paling kaya didunia? Cuba teka.. beruang la..
Pandangan dari atas jambatan..nampak lampu2 je..
Ni tempat pahlawan2 cina dahulu kala...
Dulu2 org pakai keldai..
Welcome to Ice World..
With a temperature of between -10°C to -15°C, this 10,000 sq ft Ice Factory is
the first winter wonderland in Malaysia. Filled with interesting learning facts
and fun excitement, this is certainly an amazing experience.
Kat situ diorand sediakan baju sejuk..tapi adehh...sejuk sangat2..sampai berasap2 mulut masa cakap...
Mak dengan kak win..kesian mak...tak tahan dok dalam tue..
Selamat Hari Ibu buat mak tersayang...Caaaayang mak tau..
Zura ngan hubby kat belakang Eiffel Tower...Tak caya?
Ni buktinye...heheh
Masing2 berposing dengan baju masing2..Kesian kat akma..lupa pulak nak amikkan baju sejuk untuk akma..kenalah bibik tu peluk Akma...tapi Akma mmg cool je..tak meragam langsung...
Posing ngan hubby pulak
Sofa ice...Kat sofa ni tak rasa sejuk dah sbb kita lagi sejuk dr sofa tue...heheh
Special performances by the Kadazans dancers from Sabah, East Malaysia is
available in the amphitheater and Traveller’s Food Village on a scheduled basis.
Lepas Tarian Kadazan tu, ada Musical Fountain pulak..sangat menarik! Yang kita selalu tengok bunga api kan..tapi ni pancutan air..lawa sgt!
The open-air Musical Fountain theater can accommodate 3,000 spectators at
any one time. Incorporating light, musical and water, the “water dance” is a
spectacular sight.

