Wednesday, January 30, 2008

Tukar Susu

Hari Sabtu hari tu kitorang shopping barang2 keperluan anak2..Beli drypers (4 pek), Susu Neslac-Plain (4 tin besar + 1 tin kecil), Bubur Nasi Nestle (5 pek), sabun, berus gigi Mikhail, dan macam2 la lagi..itu baru anak dua (2), kalau anak 3, 4 dan seterusnya...? Memang kena bersedia dari awal kalau decide nak anak nie..Preparation dari semua segi..Ekonomi, Mental tu semua memainkan peranan..

Susu zura beli sama brand antara Akma ngan Mikhail..Sebelum ni kitorang belikan Mikhail Pedia Sure (Honey), Akma pulak susu Naan 2..Tapi bila fikir2 balik lebih mudah kalau samakan susu diorang lagipun umur pon xbyk beza..Jimat la skit kan..Untuk preparation akan datang.. hehehe..Setakat ni, diorang tak de alah, Alhamdulillah..doo doo ok..kulit pon ok..xde la merah2..InsyaAllah xde la problemnya..

Before ni zura ada dengar member cakap kalau anak2 minum susu soya, Pedia Sure atau Isomil, diorang susah nak bertukar susu..sebab mayb susu soya lagi sedap..Tapi berbeza ngan my son..Memang mula2 dia tak terima perubahan, tapi kena gunakan kreativiti masing2 dalam memupuk minat anak2 nie..ceeeewahh..hehehe..

Ni nak cite sikit masa mula2 Mikhail minum susu tue..Mula2 suka la dpt susu sebab dia ingat susu biasa yang dia minum tue..tiba2 dia kata "Mama..tak nak..tak cedap.."Sayunya hati..Abah dia dah beli sampai 4 tin dia cakap tak sedap? Mula2 masa nak beli tu dah terfikir akan jadi cam ni..tapi juz try beli dulu......Ok..berbalik pada cerita tadi..tak lama pastu Mikhail pon tido.. kitorang pon bg balik susu tu..Nasib baik dia minum..You all nk tau? Dia minum sampai ke titisan yang terakhir..pastu boleh cakap "Habis" siap tunjuk tangan lagi..padahal masa tu dia tgh tido..dan terus sambung tido sampai la pagi..Bijaknya anak mama nie..Sampai la hari ni, Mikhail tak ada masalah minum susu tue..bagi je terus habis..Akma jangan cakap la..Bagi je apa2 makanan/minuman dia akan ambil dan habiskan..

Itulah aktiviti bulanan kitorang yang wajib..Beli sekaligus banyak2..Tak de la pening2 nak fikir..tu tak beli lagi la..ini la..Tapi sekali beli tu memang la sampai cekik darah..Anyway thank you very much for my dear, Encik Latfi..I lap youuu..

----------------------------------------------


All the essential nutrients
NESLAC is formulated to help your child reach his full potential. That’s why NESLAC contains the right balance of nutrients including DHA, Protein, Calcium, Iron, essential Vitamins and vital Minerals in quantities appropriate for your child’s developmental needs. While DHA (Docosahexaenoic Acid) is an Omega-3 fatty acid found abundantly in the brain, Protein helps build body tissues. Iron is added for red blood cell formation plus Calcium for the development of strong bones and teeth.

And more.. BL BIFIDUS
BIFIDUS is a type of friendly and beneficial bacteria found in the intestinal tract. A good intestinal environment enables your child to obtain all the goodness from food for growth & development. NESLAC contains BL BIFIDUS to help improve your child’s intestinal environment so that your child gets all the nutrition he needs. Give your child NESLAC with BL BIFIDUS today to help lay a strong foundation for his development.

Growing ahead to NESLAC 3+
Once your child reaches the age of 3, you will find he is actively seeking answers to everything around him. Give him NESLAC 3+. It not only contains a unique combination of BL BIFIDUS and DHA as well as Vitamins and Minerals such as Calcium, Iron and Taurine, it is also high in Protein to help build and repair body tissues.

NESLAC comes in 2 tasty variants, Plain and Honey, which makes milk-time more fun for your child.




Thursday, January 24, 2008

H.I.D.U.P


HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:

1) Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.

2) Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.

3) Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.



HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:



1) Nafas Naik.

2) Nafas Turun.


Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan
carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.



HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :



1) Hidup dalam keredhaan Allah.

2) Hidup dalam kemurkaan Allah.


HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :



1) Kekal di dalam neraka.

2) Kekal di dalam syurga.


Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.

Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.

Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT ...

Amat sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,

Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.



Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
pada penerimanya ... lalu dia pun berkata
setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :

Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.



Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...

Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingatiNya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera sentiasa
... di dunia jua di akhirat kelak serta
di dalam rahmat Allah s.w.t.

Jem..Jem..Jem


Hari ni pagi-pagi lagi dah buat zura bengang! Tension!Nak tahu kenapa?

Pagi tadi zura dah keluar rumah pukul 7.15 pagi..Zura lalu dalam (lalu ikut tmn. connaught) sebab kalau ikut luar, (plaza phoenix) memang jem gilerrr..Ingat dah cukup awal dah..tiba-tiba nak sampai ke Tol Metramac, jem punya la gilerr..sebelum tol lagi dah jem..Tension je rasa! Malas betul nak bayar tol..Bayar Tol pon jem jugak..Lebih kurang hampir 1 jam jugak dok situ baru lepas tol..adehhh...


Boleh dikatakan hari-hari jem..tapi hari ni memang jem teruk betull. Paling teruk sekali setakat nie! Takkanlah nak keluar umah kul 6 padahal masuk opis kul 9 pagi..Teringin je rasanya nak berhenti kerja..dok umah jaga anak, buat anak..Tapi bila fikir balik dr semua segi, banyak lagi perkara yang belum diselesaikan..

Kakak-kakak zura pun tak berhenti kerja..Walaupun dah stabil, tapi masih nak teruskan bekerja..Sebab teringat pesan arwah abah..Belajar dah tinggi2, takkan nak berhenti kerja? Lebih baik berkhidmat selagi boleh..Arwah abah bagi zura, terlalu kuat bekerja..Masa umur 56 tahun pun, beliau masih nak teruskan bekerja..Tapi anak-anak tersayang tak benarkan..Masing-masing nak abah berehat kat rumah je..

Ok la..zura dah pun luahkan apa yang zura kesalkan..Kurang sikit tekanan ni..hehehe..Ye la..sebab zura kat opis ni tak tahu nak cerita kat sapa..Tak de teman nak borak-borak..Sebab tu zura wujudkan blog ni..Boleh jadi teman zura nak ceritakan apa-apa..

Friday, January 18, 2008

Hari Asyura - 10 Muharram

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura(10 Muharram, bersamaan Sabtu, 19 Jan 2008 )


1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2 fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.



2. Memuliakan fakir miskin fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.


3. Menahan marah fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.


4. Menunjukkan orang sesat fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.


5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.


6. Bersedekah fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti darikecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


7. Memelihara kehormatan diri fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


8. Mandi Sunat fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itulafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'


9. Bercelak fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.


10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.


11. Sembahyang sunat empat rakaat fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.


12. Membaca'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .


13. Menjamu orang berbuka puasa fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


14. PuasaNiat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Suka-suka

Hari ni mood baik je rasa..angin sepoi2 bahasa..hehe..Esok cuti...Yahoo!!


Alamak..Mikhail kena tangkap ngan paparazzi la sebab tk pakai baju..Sian anak mama..




Akma pulak berangan jadi model basikal ye..

Ingatlah Mati

Zura ada terima emel, Ingatlah Mati sebelum ini..Dan semalam zura dapat lagi emel nie..dan zura tergerak hati nak kongsikan dan berpesan kepada sesiapa2 yang baca blog zura nie..

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


TANDA 40 HARI


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kitaakan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


TANDA 7 HARI


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.



TANDA 3 HARI


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.


Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


TANDA 1 HARI


Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


TANDA AKHIR


Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatanganmalaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak..


Buat arwah abah, Semoga abah ditempatkan bersama orang2 yang beriman, Kubur abah dilapang & diterangkan, Dijauhkan dari seksaan kubur dan api neraka, Di ampunkan segala dosa..AMIN..

Sweeney Todd

Malam tadi zura n asben pegi tgk wayang..Cite Sweeney Todd lakonan Johnny Depp..

Tapi sebelum tu, zura nak cite sikit..Masa nak keluar rumah g Pavilion tu Mikhail menangis2 nak ikut..Kesian dia..Dah la baru balik keje, dapat bermanja kejap je, Mama nak keluar plak ye.. Dalam hati dh tak sedap ati.. Antara nk pegi ke tak..Lama2 kitorang pergi jugak..Kejam je rasa.. Takpe ye sayang, esok Mama bawak anak2 mama jalan ye..

Ok..berbalik cite asal, zura sampai Pavilion dalam kul 8.45, dah la lambat.. nak mencari cinema tu plak satu hal..Habis satu bangunan tu kitorang dah tawaf agaknya..maklumlah baru 1st time datang Pavilion.. ish..malunya..Asben dah termengah2 dah..heheh..sian cayang ye..

Dah jumpa cinema, amik tiket, beli air + popcorn, terus masuk wayang.. Cite ni best jugak la..Humor+Ganazz+Musical..Ending dia bagi zura sedih sangat..Todd tak dapat hidup bahagia disamping anak dan isteri tercinta setelah bermacam2 cara dia buat bagi memenuhi impian tue..

Oh ya..tiket ni zura dapat dari kawan zura, forummer PCM..dia menang tiket ni kat HotFm..Dia tak boleh datang, then bagi kat zura..Thanks ye..

Wednesday, January 16, 2008

Maid..Oh Maid..

Semalam agent maid zura datang rumah..Sebab nak bagi biodata maid2 Indonesia..nak suruh kitorang pilih..Ada 5 orang semuanya setakat ini..Adehh poning pale nih nak pilih mana satu..

Pilih punya pilih..zura berkenan kat sorang bibik nie..Ok la nampak gambar dia..profil dia pon ok..Dah berkahwin, ada anak 2 orang, umur 35 tahun..Suami dia bekerja sebagai tani..

Tapi agent tu cakap plak bibik ni dan 2 org lagi belum ada passport..kalau nak jugak, kena tunggu lagi 1 bulan lebih baru boleh datang Malaysia..2-3 minggu passport siap..pastu 1 bulan uruskan datang Malaysia..frust betol la..Pastu agent tu cakap yang 2 orang lain nie dah siap passport..Cuma tunggu datang Malaysia je..

2 orang maid ni pulak umur dalam lingkungan 20-an je..Muda2 belaka..Menci tau!Tak suka la muda2 nie..Tapi terpaksalah terima sebab kitorang memang nak cepat amik maid sebelum nak g bercuti bulan 2 nanti..Maid yang sekarang ni dah tamat kontrak 2 tahun bulan 2 nie..Nak balik kampung...nak kawin..

Yang 1st ni, ok..blh kemas rumah, jaga anak, kurus (boleh la lari2 nak kejar anak2 nanti) tapi dia ni tak de muka org seberang la..muka cam orang sini je..boleh la tahan..(Musykil la umur dia dan keluarga dia..Bayangkan dia tulis umur mak dia 35 tahun..Umur ayah dia 40 tahun..Umur dia pulak 23 tahun..Maknanya mak dia lahirkan dia masa umur dia 12 tahun..ermm..Mungkin betul..Tapi diorang ni selalu tipu umur la..Kenapa yek? Tu yang kadang2 susah nk percaya tue..)

Yang lagi satu plak, sama mcm tadi, boleh kemas rumah dan jaga anak2..Tapi dia berisi sikit..tinggi dalam 150cm dan berat 65kg..adehhh..larat ke nk kejar anak2ku yang sedang membesar nie..
Tapi apa pun, setelah berhempas pulas fikir, yang ni jugak la akhirnya yang jadi pilihanku...Semoga maid nie ok..dan tak mendatangkan masalah..InsyaAllah..

Yahoooo..

Yahoooo!!! Akhirnya zura berjaya buat blog sendiri setelah berusaha gigih dari semalam..heheh..Sebab zura pakai layout cincin nie..Kena edit guna coding..Tak boleh pakai setting yang disediakan je..Alhamdulillah..

So, zura nk cerita sikit la..pagi tadi rasa sayu sangat zura nak pergi kerja sebab Mikhail menangis sungguh2 masa zura nak keluar tue..Sebelum ni Mikhail bangun lambat atau kalau dh bangun pun, zura keluar masa dia tgh mandi dlm toilet..Tapi pagi tadi Mikhail dh pakai baju lawa2 dh..Siannye anak mama..Sedih sangat tau..Nampak sangat muka frust dia..Tak pe ye sayang..Mama pegi keje..sekejap je..Petang nanti mama balik occay sayangg..Rindu kat anak mama!

Pagi tadi, Akma belum bangun lagi..Seronok agaknya tidur sejuk2 nie..Habis minum susu, tak bangun2..terus sambung tido..Siannya..Mengantuk agaknya..

Ok la....Nak g solat nie..Saje je nak testing tadi..Nanti zura cont. lagi..

Tuesday, January 15, 2008

MY PHOTO ALBUM





















Blog Widget by LinkWithin