Monday, May 5, 2008

Percutian yg aman

Hai..Wazzap..Wazzap..ZuraLatfi in da house!!! Percutian yang sungguh tenang..Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar..Inilah aktiviti kitorang sepanjang percutian..

Rabu, 30 April

9.30 malam = Bertolak ke Kelantan..Mula2 dari Pandan Indah dah start jem..ingatkan sebab ramai orang nak balik kampung atau bercuti..tapi rupa2nya ada accident..Sib baik la..kalau tak, tak tau kol berapa sampai sana kalau dr sini dah jem teruk..

Khamis, 1 Mei

5.30 pagi = Sampai Kota Bharu..call Abg Azrin, abg ipar zura..Dia datang ambik kat KB..subuh2 camni menyusahkan org betul..tp nak buat camana, tak tau jalan..kang sesat lagi susah..Sori ye abg azrin..

5.45 pagi = Tiba la kitorang kat rumah kak ita, kat Taman Murni..Pagi2 lagi anak2 kak ita dah bangun..ye la..acu dia datang..heheh

10.00 pagi = Kak ita bawak zura jalan2 kat Taman Tengku Anis..mula2 budak2 main taman..pastu g taman tema air..Jangan ingat kat KL je ada water park tau..kat Kelantan pun ada..air pun jernih..best sgt2..Nak masuk water park ni kene bayar..RM2 1 orang untuk 1 jam..okla dari kat kl tu..









Kat sini pun ada rusa, bukan kat zoo je..

12.00 tghari = Balik rumah kak ita..otw balik tu, kak ita beli kek birthday Raihan..Actually besday dia 30 April, tapi acu nak datang, diorang pun buat la masa kitorang ada..

5.00 ptg = Acara tiup2 lilin.."Happy Birthday Raihan yang ke 4 tahun..Jangan nakal2 tau..belajar betul2..acu saaaayang Raihan.."



6.30 = jalan2 kat Pantai Sri Tujuh..tenangnye rasa..dah lama tak pergi kat pantai2 cam nie..dengar deruan ombak je dapat rasa tenang yg tak ada kat mana2..selama ni dok KL asik dengar bunyi hon2 kereta, pembinaan bangunan yg bising, huru hara sana sini..tapi kat sini nyaman betul..


Jumaat, 2 Mei

3.00 ptg = Lepas hubby ngan abg azrin solat jumaat, kitorang pergi shopping kat Pengkalan Kubur..Otw nak pergi tu, nampak 2 patung budha besar..1 tgh baring, 1 patung lelaki duduk, 1 lagi patung perempuan duduk.



5.00 ptg = Kitorang balik.Tu pon sebab kedai2 tu nak tutup dah..Ingatkan diorang bukak sampai malam..sekejap je dapat shopping..beli sikit2 je..


7
.30 malam = Bersiap pegi dinner..Kitorang makan kat New Horizon Garden, Kota Bharu..Sedap sangat makanan2 kat sana..Kitorang makan Seafood Tom Yam and Soup...adeh..bila teringat teringin nak makan lagi..kalau datang Kelantan tak makan kat sini, rugi rasanya..Memang teramatlah sedap tom yam nye...

Sori ye tak dan nak snap makanannya..sempat snap lepas kenyang jek..hehehe..


Sabtu, 3 Mei
10.30 = pegi lagi kat water park Taman Tengku Anis..Sebab tgk seronok sgt budak2 tu dapat jumpa sekali sekala..bawak la jln2 lagi..


1.00 tghari = Ingat tak last week zura ada pergi kenduri kahwin sedara zura, Ada? hari ni zura pergi lagi kenduri kahwin dia tapi sebelah lelaki la..mmg kebetulan zura ada kat sini..Dapat la jumpa lagi..

4.00 ptg = Pas g kenduri, sedara2 tu datang plak rumah Kak Ita..ramai betul hari tu..semua tu tak dirancang..Diorang pun tak pernah dtg rumah Kak Ita..Datang Kelantan pun sebab jemputan sebelah lelaki kan..

6.30 ptg = Zura, hubby, anak2 dan bibik bertolak ke Terengganu..Mula2 ingat nak pergi sana tengahari..tapi sebab ada kenduri kahwin, tunggu la kejap..alih2 lewat ptg baru bertolak..heheh..tak pe la..terubat sikit rindu kat anak2 buah..Bila la nak datang sini lagi ye..seronok sgt!Terima kasih banyak2 ye abg azrin, kak ita sekeluarga sepanjang kami duduk menumpang di sini..Ada masa, ada rezeki, kitorang sampai lagi ye..


9.00 malam = Nasib baik jumpa Sutra Beach Resort..malam2 jalan susah sikit kan..tambah pulak baru 1st time datang...Sampai jugak kitorang kat situ..sampai2 check-in, amik beg2 keluar balik g cari makan...kedai pun dekat je situ..

Ahad, 4 Mei

8.30 pagi = Pas breakfast, jalan2 kat swimming pool..Pastu apa lagi? mandi laaaa...Mikhail ni pantang tgk swimming pool, mesti nak terjun..ekekek..





Oppssstt..


12.30 tghari = Check-out. Pas kemas2, pekena Fruit Punch dulu, semua amik Fresh Orange..biar segar bugar nak jalan jauh..hehhe..posing sikit sebelum berangkat..
Ermm...
Cak!
Kita minum dulu

Sutra Beach Resort
2.00 ptg = On the way nak balik tu, nampak signboard Masjid Kristal..hubby tanya nak singgah x?zura ok je sbb nak sgt tgk masjid tue..masjid yang pernah dilanda kontroversi..mmg marvelous! Lawa sangat2!Sebelum sampai Masjid Kristal ada banyak replika masjid..Ni antara replika yang sempat zura snap, replika Masjid al-Aqsa..

Masjid Kristal

5.00 ptg = Hubby jumpa kawan dia, Pokya kat Kerteh, Terengganu..Terima kasih ye Pokya siap belanja makan nasi ayam lagi..Pas makan, solat, kitorang berangkat pulang..

11.00 malam = Alhamdulillah kitorang sampai rumah dengan selamat..

No comments:

Blog Widget by LinkWithin