Tuesday, April 14, 2009

Suami Boroi Tanda Bahagia

Zura dapat dari emel..cam best je baca..hehe

Suami boroi tanda bahagia?

SAYA ada membaca satu artikel di dalam akhbar baru-baru ini mengenai isu
suami boroi. Dalam ulasan artikel berkenaan seolah menceritakan bahawa
suami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga.
Saya berkahwin 3 tahun lalu, dan mempunyai seorang cahaya mata. Di awal
perkahwinan suami saya berbadan kurus dengan berat lebih kurang 59
kilogram dan berperut leper. Namun setelah 3 tahun berkahwin beratnya
mencecah 72 kilogram dan perutnya sudah mula membuncit seperti wanita
mengandung 3-4 bulan. Namun dia masih sihat dan tidak dirundung
penyakit. Jika benar artikel berkenaan, benarkah perut suami saya yang
buncit itu tanda dia amat bahagia hidup berumah tangga dengan saya?

ISTERI BAHAGIA,

Hulu Langat.


JAWAPAN

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat
badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti
berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan
kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap
masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak
menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan
mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu
mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan
bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih
banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan
yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar
memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk 'makan di
rumah?.

Lelaki akan merasa selesasetelah berkahwin kerana ada isteri yang akan
menyediakan makanan dan mudahbagi mereka untuk makan. Berbanding wanita.
Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus
memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih
minat memasak setelah berumah tangga.
Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan
masakan.

Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali,
periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak
bergitu.

Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami
memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti
yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat
mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak
mereka.
Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.

Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain
'b oroi?. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat
badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala
jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi
masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda
mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya
terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2
tahun dan ke atas tempoh perkahwinan.

Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian
berlaku kepada suami yang 'slim? dan masih tampan.
Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar
19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang...namun itulah
hakikatnya.

Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut
kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih
mementingkan hidup berumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula 'jemu? atau
mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila
wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada
suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik
beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri
yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda.

Namun sebaliknya pula bagi
isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah
berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian
kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami
semakin 'b ulat? atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara
mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya
suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang
usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang
bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi,
botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh
perkahwinan.

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas
berumah tangga atas faktor ...............


Ok sambungannya adalah 18 sx... :P kalau nak sila sertakan ic nombor dan emel address nanti zura forwardkan..hahah

** Bagus..so, lepas ni boroi2kanlah suami anda ye..


8 comments:

wati said...

ye ke zura?
abis la laki aku yang cekeding tu kang aku boroikan.
wakaka.

: Maz : said...

wati, bagus2!
kita plak kena diet sungguh2...haha

Masviona said...

ahaksss....klu gitu kami pun termasuk dlm kategori bahagia lah ahaksss...sbb perut hubby dah boroi dah pun

: Maz : said...

masviona, betul betul betul..sama la kita..hehe..

SyaNa said...

ala..laki ku tak boroi..tak hepi kah dia..

ooo..isteri malas masak..sbb tu tak boroi :p

: Maz : said...

syana, hahah..xpe tunggu setaun dr sekarang..kekek

fara said...

zura,puas fara nk boroikan perut asben i tapi tatappp xberjaya,,hukhukhukhu

: Maz : said...

fara, dah memang ditakdirkan dia slim..kekek

Blog Widget by LinkWithin